Sunday, December 19, 2010

Proton Taja Maher Zain. Bagaimana Dengan Artis Nasyid Malaysia?


Kebanyakan akhbar Malaysia hari ini memberitakan tentang tajaan kereta Pesona yang diberikan oleh Proton kepada Maher Zain sempena konsert solo penyanyi itu, "Save the Soul" di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 14 dan 15 Oktober depan.

Memetik kata-kata Pengarah Urusan Kumpulan PROTON Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang kami petik dari Berita Harian :

"Adalah menjadi hasrat kami untuk bekerjasama dengan penyanyi seperti Maher. Beliau bukan saja popular tetapi mempunyai imej yang bagus serta lagu nyanyiannya banyak membimbing pendengar ke arah kebaikan dan ini bersesuaian dengan penjenamaan PROTON itu sendiri.

"Apa saja yang membawa impak yang positif terhadap masyarakat, PROTON akan terus menyokong. Insya-Allah, kami juga sedang merancang beberapa projek membabitkan Maher selepas ini," kata Syed Zainal Abidin ketika ditemui pada majlis sidang media selepas penyerahan kereta itu di Pusat Kecemerlangan PROTON, Shah Alam Expressway, di sini, pagi semalam.

Kami ucapkan tahniah kepada Proton kerana proaktif dalam membantu amal soleh. Namun kami berharap agar syarikat-syarikat ternama seperti Proton ini akan turut membantu artis-artis nasyid tempatan dalam usaha dakwah mereka.

Jika antara sebab Proton meluluskan sumbangan kepada Maher Zain adalah kerana lagu nyayiannya banyak membimbing pendengar ke arah kebaikan, maka kami berharap agar artis nasyid kita dapat menghasilkan album yang bermutu seperti yang dihasilkan oleh Maher Zain dan Awakening Records.

Tahniah Proton dan Maher Zain!

Selamat maju jaya kepada artis-artis nasyid tempatan!

No comments:

Post a Comment