Sunday, December 26, 2010

Panduan Asas Menghafaz Ayat Ruqyah

Tips dan kaedahnya ialah dengan cara mengulang-ulang bacaan pada ayat sehingga lancar. Bermula dari ayat pertama sehingga ayat seterusnya. Sebagai contoh, sila lihat Surah Al-Baqarah ( ayat 254-257 ) atau lihat sahaja gambar dibawah



Untuk permulaannya, baca ayat ini dengan betul dan lancar. Kemudian baca lagi sekali ayat ini dengan menyemak betul-betul baris, huruf dan hukum tajwid yang terkandung di dalamnya. Seterusnya potong satu ayat menjadi beberapa bahagian. Dalam gambar diatas, dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama dikelilingi kotak berwarna merah. Bahagian kedua pula dikelilingi kotak berwarna biru dan bahagian ketiga dikelilingi kotak berwarna hijau.

Panduan asas menghafaz ayat ruqyah :

a) Baca ayat dalam kotak berwarna merah sebanyak 10 kali (lihat mushaf).

b) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, ulang (a) sehingga hafaz.

c) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.

d) Sekiranya sudah hafaz dan lancar baru berpindah ayat.

e) Baca ayat dalam kotak berwarna biru sebanyak 10 kali (lihat mushaf).

f) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, ulang (e) sehingga hafaz.

g) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz (a dan e) tersebut sehingga 10 kali.

h) Sekiranya sudah hafaz, ulang pula bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah.

i) Baca ayat dalam kotak berwarna hijau sebanyak 10 kali (lihat mushaf).

j) Cuba hafazkan ayat tadi dengan cara menutup mushaf. Jika tidak hafaz, baca lagi (i) sehingga hafaz.

k) Ulang bacaan ayat yang telah dihafaz tersebut sehingga 10 kali.

l) Sekiranya sudah hafaz, ulang bacaan ayat yang telah dihafaz sebanyak 10 kali bermula dari ayat dalam kotak berwarna merah sehingga tamat 1 ayat.

Di dalam kaedah asas ini, dicadangkan agar mengulang setiap ayat sebanyak 10 kali sahaja (minimum) dan tidak salah kalau mahu ulang 60 kali sekalipun. Sekiranya mahu mengulangnya dengan bilangan yang lebih banyak adalah dialu-alukan. Semakin banyak diulang, semakin mantaplah hafazan.

Pantang Larang Dalam Menghafaz Al-Quran

Secara amnya tiada pantang larang tertentu dan khusus apabila menghafaz al-Quran. Berpeganglah kepada 2 prinsip :

“Pantanglah sebanyak mana sekalipun tetapi jika malas untuk murajaah al-Quran, Confirm lupa..!!”

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” Surah al-Hijr, ayat 9

Namun demikian, secara peribadi ana hanya mengikut beberapa pesanan dari tuan guru :

Pantang Pemakanan
a) Jangan makan atau minum makanan yang mengandungi semut.
b) Jangan makan benda-benda masam.

Pantang Amalan
a) Jauhi dari melakukan maksiat.
b) Jangan membaca tulisan di batu nisan dan melihat salib/bintang yahudi.
c) Jangan membaca dan menghafaz al-Quran ketika mengantuk. Tidur seketika walaupun 5 minit kemudian sambung semula.

Bantuan Menghafaz
a) Apa-apa pekerjaan atau perbuatan yang kita lakukan pasti mempunyai trick dan tips yang dapat membantunya. Begitu juga dengan aktiviti menghafaz al-Quran. Antaranya bantuan dari guru agama berhampiran atau imam masjid.

Bantuan Aktiviti
a) Menghafaz dan murajaah menggunakan audio al-Quran (CD, mp3 player dan sebagainya). Cuba ikut dan baca ayat yang diperdengarkan oleh Qari tersebut. (Kaedah Kuasai Pelbagai Taranum)
b) Murajaah al-Quran bersama rakan. Rakan akan menyemak bacaan anda.
c) Murajaah mengikut halaqah (study group). Membaca secara bersambung-sambung seperti tadarus al-Quran tetapi tanpa melihat mushaf.
d) Menulis kembali ayat yang telah berdasarkan hafazan iaitu tanpa melihat mushaf apabila sudah kuasa sepenuhnya.

Bantuan Amalan
a) Banyak melakukan amalan solat sunat terutama solat sunat Taqwiyatul Hifzi.
b) Sentiasa dalam keadaan berwudhu’.
c) Meminta sokongan doa dari kedua ibu bapa.
d) Membaca doa sebelum dan selepas menghafaz :



Bantuan Pemakanan
a) Kismis.
b) Madu lebah.
c) Makanan sunnah

-Akhir sekali, jangan lupa hafal maksudnya sekali agar keyakinan diri dapat dipertingkatkan, insya allah.
-Lebih manis jika gunakan teknik ini untuk jadi seorang yang hafiz al-quran

No comments:

Post a Comment