Thursday, December 16, 2010

Adakah MUSLIM Dijamin Masuk SYURGA

Seperti kita faham agama lain seperti kristian sentiasa klaim bahawa sesiapa yang beriman kepada Yesus sebagai juru selamat maka akan masuk syurga. Apa pula jaminan yang Islam berikan kepada penganutnya? Sungguhpun beribadat bersungguh-sungguh tetapi tidak ada jaminan juga untuk masuk syurga? Dalam Qur'an Allah berfirman seperti berikut :

Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal baik ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di Syurga itu mereka diberikan perhiasan gelang-gelang daripada emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera (Al-Hajj 22;23).
Ayat di atas cukup jelas menyatakan kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan amal baik serta meninggalkan amal buruk maka Allah akan memasukkan ke dalam syurga. Syarat utama untuk seseorang masuk ke syurga adalah rahmat Allah bukan atas amalnya, sekiranya dihitung amal manusia ini berbanding karunia yang Allah anugerahkan maka tidak ada nilainya. Dalam ayat yang lain Allah berfirman :
Sungguh bertuah orang-orang yang beriman iaitu orang yang kusyu' dalam shalatnya; orang yang menjauhkan diri daripada perkataan yang tidak bermanfaat; orang yang membayar zakat; orang yang menjaga kemaluannya; kecuali terhadap isteri-isteri mereka....; dan orang-orang yang menjaga amanah dan janji-janjinya; dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya; mereka itulah yang akan mewarisi syurga (Al-Mukminuun 23; 1-11).
Maka syurga yang diberikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal baik adalah anugerah Allah. Sungguhpun orang-orang yang tidak beriman tetapi beramal baik maka mereka tetap tidak dapat mencium bau syurga sebab kunci untuk masuk syurga adalah beriman kepada Allah dengan tidak mensyirikkannya.
Sedangkan agama selain Islam telah mensyirikkan Allah dengan ciptaan-Nya maka dosa syirik tidak diampunkan oleh Allah. Seorang muslim sungguhpun tidak melaksanakan amal baik tetapi tidak mensyirikkan Allah, maka peluang untuk bertaubat dan diampunkan dosa oleh Allah adalah besar. Sedangkan dosa syirik adalah dosa besar yang tidak diampunkan oleh Allah seperti firman Allah dalam surat An-Nisa ayat 48
dan 116 :
Sesunguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa selain daripada syirik, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang menyekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (An-Nisa' 4;48;116).
Selagi orang beriman kepada Allah dan tidak mensyirikkan Allah maka sentiasa terbuka pintu untuk masuk ke syurga adakah di awal kematiannya ataupun di akhir bergantung kepada amal yang dilakukan dan anugerah Allah semata

No comments:

Post a Comment